Bulan Penghayatan Islam 2012

Program Agama BPI 2012 yang dinanti-nantikan oleh semua warga IPTAR. Banyak program menarik di dalamnya..Semua dijemput hadir bagi memeriahkan pada bulan tersebut.

Kursus Imam dan Bilal

Kursus ini dijalankan pada 22 Jun bersamaan hari Jumaat hingga Sabtu yang diadakan di Kem Alapong bersama JAKIM.

Rehlah bersama anak-anak JAPIM bertempat di Sematan Tahun 2012

Di dalam ni menceritakan kisah perjalanan dan laporan sepanjang percutian dilaksanakan. Pelbagai aktviti diadakan bagi memeriahkan hari tersebut

Selamat Datang ke Blog Pusat Pengajian Islam IPG Kampus Tun Abdul Razak

Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi melawat blog ini. Semoga anda semua memperoleh manfaat dengan segala maklumat yang ada dalam blog ini.


Wednesday, April 18, 2012

Rehlah di Sematan Hari ke-3 (Klik Gambar Untuk BEsar)

Hari ketiga ni merupakan hari untuk pulang..so pad pg tu, kami enjoy puas2 dulu..bdak laki men Futsal pantai dgn Ustaz Jo dan perempuan main permainan bola jaring pantai kot kalau xsilap..huhu..kami berasa penat kerna men futsal  selama 1 jam lebih.. then terus ke Swimming pool untuk kali terakhir sebelum susun barang masuk dalam van dan bus..Tepat 1.15pm pulang ke destinasi asal...tu je







Monday, April 16, 2012

Rehlah di Sematan Hari 2 (klik gmbr utk bsarkan)

KLIK GAMBAR UTK BESARKAN
PAGI
Bangun seawal 5.30 pg untuk sembahyang subuh berjemaah. Kemudian diteruskan dengan ucapan ust Johari berkenaan keselamatan dan Ust Nik berkenaan batas pergaulan... walaupun mengantuk, kami tetap mendengar dengan mata yang kuyu.. Lepas tu kami bersarapan dengan makan mee hooon goreng yang dimasak oleh ust Saanah bersama konco2nya.. 
Masak bihun untuk sarapan
Menikmati sarapan


kemudian diteruskan dengan acara sukaneka..acara yang dirancang ialah bawa bola guna gelung rotan, lari dalam guni, bawa pimpong guna sudu, isi air dalam botol, dan lari gorila.. di sini kita dapat lihat betapa enjoynya mereka bermain dan ada juga yang menggeletekkan hati dengan karenah-karenah para pelajar..walaupun agak panas ketika itu, namun ianya tidak mematahkan semangat kami dalam menyertai acara yang diadakan.. 
Berpayungkan guni
bagi acara  bola guna gelung rotan, permainan begoitu meriah kerana ramai yang berkemahiran dalam permainan ini. Terdapat juga beberapa kumpulan yang tarik bola sampai jatuh.. huhu..
bagi acara lari dalam guni, ianya merupakan permainan yang sangat menarik kerana ramai yang berpengalaman ketika di bangku sekolah dahulu..hehe.. mcm2 skil diorang guna,,melompatla, jalan mcm tu pon ada..lari terkedek-kedek pon ada...yang xbergerak pon ada..haha.. mana aci diorang ni dapat guni besar... ada org yg dapt guni besar tp orgnye kecik, ada yg dpt guni kecik tp org nye besar..haha..adoi la..
Gelagat pelajar dalam acara lari dalam guni

bawa ping pong guna sudu.. heee.. kt sini lg banyak tektik yang digunakan waktu maen..selalunya kita bawak pimpong guna mulut, tp yg ni guna tangan...mencabar jugak sebab kawasan pntai kan banyak angin..so nk bg bola xgerak tu susah..maka timbullah beberapa tektik/skill yg digunakan sperti letak pasir dalam sudu dan KEMEK KAN bola pimpong..pandai diorang ini..patotla nmpak bola xbergerak ja wktu bawak..hehe apa2 pon smua tu buat acara lg meriah..

Sterusnya ialah acara isi air dalam botol.. wktu makin panas air pon dh surut,.. tp ada lg la beberapa lopak air yg boleh dijadikan sedutan span untuk dapatkan air.. waktu ni la muncul tektik2 yg pelik & ada juga cadangan dari pensyarah..mungkin mereka berpengalaman..huhu..ada yg simpan air dalam mulut, basahkan baju, cedok air guna tangan & paling BAEK skali ada juga yg guna bekas plastik maenan isi air..memg la banyak..kompom la mng awal..so kantoi la diorang ni & DISKUALIFAID dari acara..hihi




lari gorila pulak caranya kepitkan bola kt tgh2 lutut, dan peluk 2 bjik bola kemudian lari ke garisan penamat secara berganti-ganti.. ada yg nmpak mcm gorila betoi sbab bola xjatuh langsung..pandai jd gorila diorang ni... 

PETANG
petang nya pula tiada aktviti diadakan smuanya penat  ada yg makan, smbung mandi kt swiming pool, dan tido.. waktu petang tu air dah mula pasang..ombak pon makin garang dan mengancam..waktu ni la paling bes untuk men ombak..sambil mandi kami lelaki men bola baling dalam laut..xtau la apa nama sebenar..polong?? polo?? ape ntah.. Ust Nik & family men tepi pantai... ada jugak yg men salut2 lumpur kt pantai..rawatan kecantikan kot..petang tu adalah saaat matahari terbenam..so pemandangan yang indah dapat dilhat dengan jelas sekali..


MALAM
waktu kami smua sembhyang jemaah bersama2...rukhsah yang merupakan keringan bg umat Islam tidak kami sia-siakan dalam melaksanakan solat secara jamaq qasar.. tetapi waktu ni ujan lebat sangt pada waktu mlm..jadi kami sembahyang dalam bilik sahaja..kemudian diteruskan dengan aktiviti BBQ.. walaupun hujan lebat, api tetap boleh menyala untuk wat bara api.. besanya kita BBQ ayam je kan, tp mlm tu ada berita gembira apabila tahu Ustz Sa'anah beli lagi banyak makanan seafood contohnya udang, ikan pari, mcm2.. banyak jugak diorang beli sbub baru puas sikit mkn..mlm tu budak laki berBBQ & pompuan masak tomyam..

KLIK GAMBAR UTK BESARKAN


Sunday, April 15, 2012

Rehlah DI Sematan bersama pensyarah JAPIM Hari 1

Satu lajnah Rehlah Pusat Islam telah mengadakan satu percutian di bawah anjuran JAPIM yang diadakan pada 6, 7 & 8 April bertempat di Sematan. Percutian ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar PPISMP PI 1, PPISMP PI2 dan PISMP PA. Sebelum betolak, kami smua bermeeting untuk membincang barang apa nk bawak, & pikir aktivti apa yg syok nk wat kt situ nnt..pensyarah juga terlibat dalam percutian ini iaitu Ust Johari, Ust Nik, Ustz Saanah. Mereka ni bawak smua anak-anak untuk menikmati keseronokan di pantai yang indah & ada swimming pool untuk swim2..kami bkumpul kol 2.00 petang..tp btolak nk dkat pkol 3..katanya nk btolak kol 2 tp besala kita student..mcm2 hal..

baru nk bertolak

rombongan telah sampai... sebab xtahan tengok pantai dengan ombak yang rindu, maka mereka pon pergi la pantai nk lepas keseronokan dengan maen air tepi pantai...waktu tu baru nk surut...tp pasir kt situ halus laa...ada yg tgkp gambar kacak2..nk wat DP FB kot..contohnya...
Stelah tiba di pantai Sematan


n petang tu mandi-manda kt pantai & swiming pool..tp hari 1st ramai xmandi lg kt swiming pool sbab penuh orang... ada yg ckp geli la..xsuka la..haha.. tapi yg paling menyedihkan ada beberapa orang ni nk mandi waktu mlm... MALANGNYA ada pengawal ckp dia nak bubuh chlorine..maka bersedih la diorang ni xdpt mndi....kih kih kih..

padang malamnya, akviti yang dirancang ialah pertandingan memasak!!! haha.. yg ni best sikit... maka kaum laki2 ni ada yg rasa maluuu..sbub xpandai masak..hihi.. potong ayam pon xreti... sape la tu kan.. kpd yg pndai masak tu jgn la terasa.. korang memg pndai..tp kami yg xpandai ni hanya tengok je la pompuan masak...tolong hiris bawang, amek talam, basuh ayam jadila.. masa yg diberi adalah selama 1 jam.. murid pompuan ada yg masak nasi untuk penyedap makanan..xkn nk mkn lauk je.. ada 1 kumpulan ni org dah tumis bawang diorang dapur pon xda lagi.. hihi..ni la cbran memasak waktu tu..
Terpegun lihat kaki ayam

setelah 1 jam berlalu, maka siaplah hasil masakan dari kumpulan masing2..antara yang teristimewa ialah sayur masak tom yam, ayam msk merah, kari ayam, sup ayam, dan mcm2 lg jenis masakan yg hebat2.. maka makanan pon dihidang atas tikar dan para juri jemputan bersedia untuk merasa dan menilai kualiti masakan.
Detik penentuan 

Pada mlm tersebut, kami berasa keletihan dan ada yg tidur awal. Ada yg tgk cerita Spider wick chronicle...
Sambung hari ke-2......

Tuesday, March 13, 2012

5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat!


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,“Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” Katanya sambil teresak-esak.

Sunday, February 26, 2012

Kem Anak Soleh 2012


Selesai sudah kem Anak Soleh yang dianjurkan oleh Pusat Islam IPGKTAR dibawah Jabatan Agama Islam dan Moral IPGKTAR. seramai 125 orang peserta dari lelaki dan perempuan telah menyertai kem ini. Mereka terdiri daripada 63 lelaki dan 62 perempuan. Majoriti antara mereka adalah Tahun 4-6 dan sebahagian sahaja daripada mereka terdiri daripada Tahun 2-3.

Pelbagai karenah daripada mereka kita dapat lihat sepanjang kem ini. Program ini dilaksanakan bagi membentuk individu supaya bersahsiah unggul di dunia mahupun di akhirat. Selain itu, mereka dilatih supaya menjadi anak yang soleh dan solehah dengan berintipatikan LDK, riadah, ceramah, makan berjemaah dan sebagainya. Mereka juga dibimbing dengan barisan fasilitator yang berkaliber dari PPISMP Jun 2011 dan dibantu bersama PISMP Jan 2011.


Aktiviti yang diadakan begitu menarik dan menyeronokkan para peserta. Disamping itu, ada yang demam, sakit2 dan sebagainya tetapi kesemua itu tidak menghalang untuk meneruskan program ini kerana Jawatankuasa Kebajikan amat serius dengan keadaan peserta.




Hari ketiga (Ahad) berakhir dengan program sidang pleno yang diketuai oleh Mohd Fazrul di mana ketika ini kami semua dapat mendengar luahan hati daripada para peserta. Peserta diberi 1 kertas untuk meluahkan perasaan dan aku janji sebelum mereka diserahkan kepada ibu bapa/penjaga masing-masing. Isi luahan hati mereka amat tersentuh sehinggakan menitis air mata para pembaca. Akhir sekali, mereka diserahkan kepada penjaga mereka pada pkul 12.30 tgh hari.

Sesiapa yang ingin mendapatkan gambar boleh berjumpa dengan Admin  (0134136329) .

Monday, February 20, 2012

Tempat di bunuhnya Dajjal


Dari Abdullah Ibnu Umar ra bahwa Rasulullah saw bersabda “Ketika saya sedang tidur, saya bermimpi melakukan tawaf di Kaabah, lalu ada seorang berambut lebat yang meneteskan air dari kepalanya, lalu aku tanyakan siapakah ini, mereka menjawab, ”Ibnu Maryam as”, kemudian aku berpaling dan melihat seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah, berambut keriting, matanya buta sebelah, dan matanya itu seperti buah anggur yang masak (tak bersinar). Mereka mengatakan, ”Ini Dajjal”. Dia adalah orang yang paling mirip dengan Ibnu Qathn, seorang laki-laki dari Khuza’ah.”
 [HR al-Bukhari, dan Muslim].

Dari Anas, beliau berkata, Rasulullah saw bersabda, Dajjal itu matanya terhapus (buta), tertulis di antara kedua matanya kafir, kemudian beliau mengejanya, kafir yang boleh dibaca oleh setiap orang muslim dan di antara kedua matanya terdapat tulisan “kafir” (HR Muslim)
Pada hadis pertama di atas menyebutkan beberapa ciri fizikal dajjal, iaitu postur tubuhnya gemuk, kulitnya kemerah-merahan, sebelah matanya buta, matanya seperti buah anggur yang masak. Dan pada hadis kedua disebutkan ciri yang lain, iaitu tertulis huruf kafir di antara kedua matanya. Tanda itu boleh difahami oleh setiap muslim baik yang boleh membaca maupun yang buta huruf.


Ummu Syuraik bertanya kepada Rasulullah tentang hari dajjal : "Ya Rasulullah ke mana orang-orang Arab ketika itu?". Rasulullah menjawab "Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitulmaqdis menjumpai Imam (Imam Mahdi) mereka. Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimamkan solat subuh, tiba-tiba datang Isa Bin Maryam. Imam itu mahu mundur untuk memberi peluang kepada Isa, tetapi Isa sambil memegang bahu Imam itu berkata : "Teruskanlah, sesungguhnya Iqamat dibacakan untuk engkau". Maka sembahyanglah mereka semua dibelakang Imam tadi. Selesai solat, Isa A.S. berkata kepada semua jemaah : "Bukakan pintu itu". Mereka membuka pintu Masjid itu, tiba-tiba Dajjal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 orang Yahudi lengkap bersenjata. Melihat Isa A.S. ada di dalam masjid itu, Dajjal tiba-tiba sahaja cair seperti cairnya garam disirami air. Dajjal lari kerana ketakutan Isa terus sahaja mengejarnya kemudian menjumpai di Babu Luddi dan di situlah Isa A.S. membunuhnya. Orang-orang Yahudi cuba melarikan diri dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan berkata-kata dengan izin Allah. Benda-benda dimaksudkan termasuklah dinding, batu, pokok, kayu dan termasuk juga sepohon pokok berduri (disebut pokok Yahudi). 

Pintu masuk ke kota Lod. Tempat Dajjal akan dibunuh. Jauh tempat ini dari Jeruselem lebih kurang 45 km
Kawasan berbukit yang subur di kota Lod, kota yang berumur 2000 tahun
Lod (Bahasa Ibrani: לוֹד‎; Arab: اَلْلُدّْ‎, al-Ludd; Greco-Latin Lydda), juga dieja dan disebut Ludd, ialah sebuah bandar diDaerah Tengah, Israel, sekitar 20 kilometer di tenggara Tel Aviv dan 3 kilometer utara Ramallah. Pada akhir tahun 2007, kota ini berpenduduk 67,000 orang, di mana 80% daripadanya adalah dari kaum Yahudi, manakala 20% lagi dari umat ArabPalestin berikutan projek perluasaan tapak penempatan haram Yahudi.
Nama lama kota ini, selama ribuan tahun, ialah Lydda, Lydea dan Al-Lydd, dan kota ini juga terkenal dengan nama Diospolis. Dalam Injil 1 Tawarikh 8 disebutkan bahawa kota ini menjadi tempat tinggal bagi Suku Bunyamin (anak kepada Nabi Yaakub a.s. dan adik kepada Nabi Yusuf a.s.). Kononnya, di tempat inilah Santo Peter menyembuhkan seseorang yang mengalami penyakit lumpuh, seperti yang disebutkan dalam Kisah Para Rasul 9: 32-38.
Di kota ini ada sebuah gereja yang dikenali sebagai: Gereja Santo Georgius dan sebuah Masjid yakni: Masjid El-Chodr. Bahagian tempat peribadatan itu membentuk kompleks bangunan, gereja dan masjid itu juga memiliki pintu masuk yang unik.
Kota ini dikenali kerana mempunyai sistem Bandar Antarabangsa yang mempunyai banyak persamaan dengan Bandar Tel Aviv yakni Bandar Ben Gurion. Setakat ini telah adanya jalan raya dan jalur KA yang menghubungkan kota ini dengan Tel Aviv.
Lapangan terbang utama Israel, Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion (dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Lydda, RAF Lydda, dan Lapangan Terbang Lod) terletak di bandar ini. Mengikut perspektif Islam pula, di pagar/tembok Kota Lod inilah akan terjadinya pembunuhan Dajal oleh Nabi Isa a.s..



Dalam hadits Nawwas bin Sam’an yang panjang yang membicarakan kemunculan Dajjal dan turunnya Isa alaihissalam, Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:
“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Damsyik dengan mengenakan dua buah pakaian yang dicelup dengan waras dan zafaran, dan kedua telapak tangannya diletakkannya di sayap dua Malaikat; bila ia menundukkan kepala maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya di pintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal hingga menjumpainya di pintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal. Kemudian Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi Allah dari Dajjal, lalu Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang darjat mereka di syurga.”   (Shahih Muslim, Kita Al-Fitan wa Asyrathis Sa’ah, Bab Dzikr Ad-Dajjal 18:67-68)
Aus bin Aus Ats-Tsaqafi meriwatkan bahwa Rasulullah shalallhu ‘alaihi wasallam bersabda,
 “‘Isa bin Maryam akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik.” (HR Thabrani)

Menurut Ibnu Katsir Nabi Isa akan turun disisi menara sebelah timur Masjid Jamik Umawi iaitu di sebelah timur Damaskus/Damsyik. Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir iaitu pada tahun 741 Hijrah. Pembiayaanya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnye telah membakar menara tersebut.
Hafiz Ibnu Katsir dalam an-Nihayah berkata, “Inilah pendapat yang lebih masyhur tentang tempat turunnya Isa, iaitu di menara putih di timur Damsyik. Dan saya telah melihat di sebagian buku bahwa Isa turun di menara putih sebelah timur Jami’ Damsyik. Mungkin inilah yang lebih valid dan bunyi riwayatnya, ‘Maka dia turun di atas menara putih yang ada di timur Damsyik’. Jadi rawi membuat redaksi sendiri sesuai dengan apa yang dia fahami. Dan di Damsyik tidak ada menara yang dikenali dengan menara timur kecuali menara yang berada di timur Jami’ Umawi dan inilah yang lebih cocok dan lebih sesuai kerana Isa turun pada saat didirikannya shalat…” (An-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim I/192)


Menurut Sami bin Abdullah Al-Maghluts pula dalam bukunya Athlas Tarikh al-Anbiya’ wa ar-rosul (atlas sejarah nabi dan rosul) ada dua buah menara yang sangat mirip sebagaimana disebutkan dalam hadist di atas. Kedua menara itu adalah menara Masjid al-Umawi (Umayyah) yang di bangun oleh al-Walid bin Abdul Malik (lihat atlas hadist karya Syauqi Abu Khalil) dan menara tembok damaskus. Kedua tempat tersebut memiliki kemiripan yang diduga disana lah Isa AS akan turun.
 




Sifat Dan Rupa Nabi Isa Alaihissalam
Adapun sifat-sifatnya maka Nabi kita saw telah menyatakan bahawa Isa adalah laki-laki berperawakan sedang tidak tinggi tidak pendek, berwajah bulat, berkulit kemerah-merahan, berdada lapang, orang yang paling mirip dengannya adalah Urwah bin Mas’ud ast-Tsaqafi.

Dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah saw bersabda,

 “Antara diriku dengan Isa tidak ada nabi, dan sesungguhnya dia pasti turun. Jika kalian melihatnya maka kenalilah dia. Sesungguhnya dia berperawakan sedang, putih kemerah-merahan, dia turun di antara dua potong baju berwarna kekuning-kuningan, kepalanya seolah-olah menetes walaupun tidak basah, dia memerangi manusia di atas Islam, lalu dia mematahkan salib, membunuh babi dan menghapus jizyah. Pada masanya Allah menghancurkan semua agama kecuali Islam, dia membunuh al-Masih ad-Dajjal kemudian tinggal di bumi selama 40 tahun kemudian wafat dan kaum muslimin menshalatkannya.”   
 (HR. Abu Dawud, al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah)

Dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda, 
“Pada malam Isra’…. Dan saya bertemu dengan Isa. Lalu Nabi saw menjelaskan ciri-cirinya, ‘Orangnya sedang, kulitnya kemerah-merahan, seolah-olah dia habis mandi, saya melihatnya…’.” (HR. al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)

Dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah saw bersabda
“Saya bertemu dengan para nabi, ternyata Musa…. Saya melihat Isa bin Maryam, ternyata orang yang paling mirip dengannya adalah Urwah bin Mas’ud….” (HR. Muslim dan at-Tirmidzi)

Dari Abdullah bin Abbas Rasulullah saw menceritakan malam Isra’nya, beliau bersabda, 
“Saya melihat Isa berperawakan sedang kemerah-merahan berambut lurus….” (HR. al-Bukhari dan Muslim)


Begitula peristiwanya..Harap dapat kita ambil iktibar supaya bertaubat kepada Allah SWT. kalo kita lihat skrg ni dah mcm2 petanda kiamat berlaku..Zina berleluasa, laki2 jd pompuan, pompuan lbh ramai dr lelaki, peperangan sana sni.. Ckupkah amalan kita selama ni nk bawa ke padang mahsyar nnt?? Fikir2 kan lah.. Salam

Monday, February 13, 2012

Haram Sambut Valentine bg umat ISLAM !!!


Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keputusan (English):
The Ruling on Muslims Celebrating Valentine’s Day
Decision:
The 71st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd-24th November 2005 has discussed the ruling on Muslims celebrating Valentine’s Day. The Conference decided that the teachings of Islam stress on love and there is no specific day in Islam to celebrate it.
Therefore, The Conference decided that the practice of celebrating Valentine’s Day is not part of Islam. The spirit of the celebration contains elements of Christianity and its practice that is mixed with sinful acts is prohibited and contradicts with Islam.
Keterangan/Hujah:
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam. Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Ingat semua ye.. HARAM !!!