Bulan Penghayatan Islam 2012

Program Agama BPI 2012 yang dinanti-nantikan oleh semua warga IPTAR. Banyak program menarik di dalamnya..Semua dijemput hadir bagi memeriahkan pada bulan tersebut.

Kursus Imam dan Bilal

Kursus ini dijalankan pada 22 Jun bersamaan hari Jumaat hingga Sabtu yang diadakan di Kem Alapong bersama JAKIM.

Rehlah bersama anak-anak JAPIM bertempat di Sematan Tahun 2012

Di dalam ni menceritakan kisah perjalanan dan laporan sepanjang percutian dilaksanakan. Pelbagai aktviti diadakan bagi memeriahkan hari tersebut

Selamat Datang ke Blog Pusat Pengajian Islam IPG Kampus Tun Abdul Razak

Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi melawat blog ini. Semoga anda semua memperoleh manfaat dengan segala maklumat yang ada dalam blog ini.


Monday, November 19, 2012

PRAY FOR GAZA!!


Gambar seorang lelaki yang keluar untuk melaungkan azan dan pulang dengan syahid.
-Allahu Akbar!! -

Bagaimana dengan kita?
> nak pergi ke masjid/surau pon berat apatah lagi nk melaungkan azan dan solat...ubahlah diri kita untuk beribadah supaya dapat menyediakan bekalan pada hari akhirat...

Lelaki ini telah bertemu dengan Allah dengan keadaan terseyum..moga roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT..

Gambar menunjukkan senjata2 yang digunakan untuk melancarkan serangan


Senaskhah Al-Quran yang hanya sedikit terbakar ketika serangan bom udara oleh Israel keatas Ketua Hamas, Al-Jabbar
Sedih melihat anak2 kecil yang tidak berdosa mati dengan kejam oleh zionis Israel. Berjuta peluru menembusi tubuh badan anak Palestin.
Lihatlah bom2 yang bertaburan di udara membunuh ramai umat Islam di Gaza. Mereka berada dalam keadaan begini bukan sehari, tetapi tiap2 hari, pagi petang siag dan malam. Tetapi semangat untuk berjuang umat Islam tidak pernah putus untuk menentang Israel LAKNATULLAH...
Lihatlah bom2 yang bertaburan di udara membunuh ramai umat Islam di Gaza. Mereka berada dalam keadaan begini bukan sehari, tetapi tiap2 hari, pagi petang siag dan malam. Tetapi semangat untuk berjuang umat Islam tidak pernah putus untuk menentang Israel LAKNATULLAH...

Ya Allah selamatkanlah Umat Islam di Palestin, Gaza dan seluruh tempat. Amiin..  

Kata2 perjuangan Ahmed Yassin

Mari kita lihat sejarah kawasan Palestin dari tahun 1946 hingga sekarang 2012. Begitu ketara bezanya daripada kawasan yang penuh dengan rakyat palestin kepada sedikit sahaja daerah Palestin akibat daripada serangan musuh Islam..

Marilah Berdoa untuk Gaza


 Ya Allah, Sesungguhnya kami bermohon pertolonganMu,
Kami meminta ampun kepadaMu,
kami meminta petunjuk dariMu,
Kami beriman kepadaMu,
kami berserah kepadaMu,
kami memujiMu dengan segala kebaikan, 
kami mensyukuri dan tidak mengkufuriMu.

Ya Allah, hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan,
bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada, 
Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah saudara seislam kami di GAZA,
yang dizalimi oleh kekejaman rejim zionis dari segala
keburukan dan hindarkanlah mereka dari segala
bala kerana tiada sesiapa yang dapat menghidarinya
melainkan Engkau, Ya Allah ...Amiin.. 

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

"(Yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan, 'Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka,' maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, 'Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.' "(Surah: Ali Imran: 173)



Monday, November 5, 2012

Soal Hati – Warkah Cinta Untuk Bakal Suami Yang Mencari

Sebuah cerpen pencarian seorang lelaki yang ingin mencari calon isteri yang berakhir dengan satu warkah cinta yang amat menyentuh hati dan perasaan. “Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 “Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi. Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.







Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus. “Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.

Dengan ini, bermulalah kisah si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.

Alfatunnisa’ adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.

Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta. Adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya. Nauzubillah, ya Allah, selamatkan diriku daripada godaan syaitan”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.

Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.

Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.

Astaghfirullahal azim.. Alhamdulilah, aku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini”, syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.

Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.
Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program “Selamatkan Jiwa”. Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanita lain. Sangat pendiam orangnya.
Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.
Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah…
Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.
Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.
Ikhlas, Izhar…
Warkah Izhar kemudian disambut dengan sebuah nota..
Wassalam saudaraku Muhd Izhar…
Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu…
Wahai saudaraku.. Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.
Wahai saudaraku.. Janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.
Kiranya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirimu, tetapi aku membenci egomu. Ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.
Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta, sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami..
Astaghfirullahal ’azim… Astaghfirullahal ‘azim… Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka”, doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.

Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran. Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba.

sumber: http://melayukini.net/2011/10/soal-hati-warkah-cinta-untuk-bakal-suami-yang-mencari/


Friday, November 2, 2012

Anak Bapak Sama jaa...

Anak kerja di U, bapa pengemis

Saya sedang berjalan keluar daripada kolej saya ketika saya melihat seorang pengemis tua, dalam lingkungan umur 50-an, sedang duduk meminta sedekah. Selalunya, saya hanya memberi wang kepada mereka dan terus berlalu. Entah kenapa, mungkin mood saya tengah baik dan saya pun tiada rushing nak ke mana-mana. Saya lalu berbual2 dengan hamba Allah tersebut.



Saya : Sudah lama mengemis, pakcik?
Pengemis : Ya...lebih kurang sudah 18 tahun , nak.
Saya : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak
Saya : Banyak juga ya pakcik??
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Saya : Ohhhh.....keluarga pakcik ada di mana?
Pengemis : Isteri pakcik meninggal lama dah. Anak pakcik pulak semuanya ada 3 orang, tiga-tiga lelaki. Yang pertama dekat di Universiti Putra Malaysia di Serdang tu. Yang kedua dekat Universiti Malaya , dan yang ketiga dekat Universiti kebangsaan Malaysia di Bangi nunn..
Saya : Wahh..hebat- hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr..
Pengemis : (Sambil tersenyum ;-) Biasalah nak. Anak pun pandai apa, sekolah kat sini?
Saya : (Membalas senyuman..^_ ^..) Pakcik ni..So anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : Tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....Diorang kata duduk mengemis dekat universiti ni banyak kit incomnyer pasal budak2 U nie pemurah! Lagi2 kalau dekat2 exam. Setakat dua tiga ratus sari tu biasalah!
Saya : Cisss..Hampehhhhhh. ....!!!!

hehe..

Dinda Hanya Ingin Dibangkitkan Sebagai Isterimu : Ustz Fatima Syarha


Saudah binti Zam'ah, beliaulah insan yang menemani Rasulullah SAW di kamar selepas pemergian kekasih Baginda, Khadijah al-Khuwailid. Meskipun kedudukan dan ketinggian Khadijah di hati Nabi tak mampu ditandingi oleh sesiapapun, namun Saudah ternyata bertuah kerana menjadi salah seorang wanita pilihan Allah SWT untuk meneguk langsung cinta Nabi.

Beliau digambarkan seorang wanita yang tua, uzur dan gemuk ketika menjadi isteri Nabi. Namun, seunggul, sejelita dan seindah manapun wanita pada zaman ini tetap tak akan mampu menandingi walau secebis kemuliaan Saudah sebagai isteri Nabi. Bukankah jelas pernikahan Rasulullah ini kerana kepentingan agama, bukannya nafsu?!

Mari Berkenalan
Saudah binti Zam'ah bin Qais bin Abdu Syams bin Abdud berasal daripada suku Quraisy al-Amiriyah. Puteri kepada wanita bernama Syumush binti Qais bin Zaid bin Amr daripada Bani Najjar.
Pernah bersuamikan Sakran bin Amr, saudara Suhail bin Amr al-Amiri.

Golongan Paling Awal Menyahut Panggilan Fitrah
Ajaran Islam yang cocok dengan kesucian fitrah, kemuliaan akhlak dan kebersihan hati tidak teragak-agak untuk diterima oleh mereka yang memiliki kualiti hati yang istimewa. Golongan yang awal memeluk Islam dimuliakan Allah dengan gelaran as-saabiquunal awwalun. Firman Allah SWT yang bermaksud:


Salah seorang daripada mereka ialah suami Saudah, Sakran bin Amr. Iman yang meresapi segenap jiwanya terasa indah. Beliau lantas memimpin isteri tercinta, Saudah binti Zam'ah untuk sama-sama hidup di bawah kemuliaan tauhid.

Menyaksikan Suami Diseksa
Pengaruh Islam semakin tersebar di Makkah. Ajaran Muhamad semakin berkesan di hati.  Mengamuklah orang-orang kafir Quraisy. Golongan miskin dan lemah diseret dan disiksa tanpa belas kasihan.
Mengalir air mata Saudah tatkala melihat suaminya Sakran disentap, dipukul dan dibiarkan kelaparan dan kehausan. Namun begitu, imannya tidak goyah. Dia tetap teguh ingin bersama agama Muhammad SAW.
Seperit mana kesedihan Saudah, perit lagi kesedihan Rasulullah SAW tatkala melihat umat yang dicintai menerima penyiksaan sezalim itu. Ketika itu baginda dilindungi oleh pengaruh bapa saudaranya, Abu Talib dan isterinya yang bangsawan, Khadijah. Islam yang masih dalam fasa kelemahan ketika itu tidak memampukan baginda untuk bangkit membela mereka yang teraniaya.
Rasulullah SAW akhirnya menyuruh sahabat-sahabat yang teraniaya agar berpindah ke Habsyah dan minta perlindungan daripada Raja Najasyi sehinggalah Allah membebaskan mereka semua daripada penderitaan ini. Saudah dan suaminya menyahut Sarranan ini. Mereka berlindung di Habsyah dan meniti hari yang tenang di bawah naungan iman.

Setenang manapun berada di tempat orang, tetap tak seindah berada di tanah air sendiri, tanah kelahiran seorang Nabi. Begitulah yang dirasakan oleh orang-orang Islam di Habsyah. Mereka kembali ke Makkah pada saat dakwah Islam masih hebat ditentang.
Penderitaan Saudah tak tertanggung lagi apabila suaminya dipanggil pulang menemui Ilahi. Sakran meninggal dunia di Makkah. Saudah memujuk diri bahawa kasih sayang Allah lebih besar berbanding kasih sayang suami terhadapnya. Wujudkah pengganti yang lebih baik untuk menempati tempat Sakran di hati? Saudah bingung sendiri.

Dilamar Lelaki Terbaik di Dunia
Saudah masih berendam air mata kerana ditinggalkan suami. Rasulullah SAW ketika itu juga dalam kesedihan kerana ditinggalkan isteri, Khadijah al-Khuwailid. Saudah mengetahui tingginya kedudukan Khadijah buat Nabi di dunia dan di akhirat.
Setelah pemergian Khadijah, tiada sahabat yang berani mencalonkan sesiapa untuk Rasulullah kerana mereka percaya tiada wanita sebaik Khadijah yang layak menemani Nabi. Hadirlah seorang sahabat wanita bernama Khaulah binti Hakim untuk menyenangkan hati Nabi dengan berbicara soal pernikahan.
Berkata Khaulah binti Hakim bin Al-Auqash, isteri Uthman bin Mazh'un,
"Wahai Rasulullah, tak nak kahwin lagi ke?"
Rasulullah bertanya semula,
"Dengan siapa?"
"Terpulanglah. Ada gadis dan ada janda," jawab Khaulah.
"Jika gadis, siapa orangnya?" Tanya Rasulullah.
"Puteri orang yang paling engkau cintai, Aisyah binti Abu Bakar," jawab Khaulah. Rasulullah teringat akan mimpi-mimpinya yang dibawa oleh Jibril tentang gadis di balik selendang sutera iaitu Aisyah. Namun, Aisyah masih lagi seorang anak kecil ketika itu. Apapun, Aisyahlah gadis pertama yang hadir dalam impian Rasulullah selepas kewafatan Khadijah kerana diilhamkan sendiri oleh Allah SWT. Tidak hairanlah cinta baginda kepada Aisyah amat menebal. Yang pertama selalunya istimewa! Apatah lagi jika yang pertama itu beragama.
"Jika janda, siapa orangnya?" Tanya Rasulullah lagi.
"Saudah binti Zam'ah. Dia telah beriman kepadamu dan mengikut ajaran agamamu," jawab Khaulah.  Rasulullah dapat menyelami betapa deritanya Saudah dikelilingi tekanan yang menyesakkan iman dan diuji pula dengan kematian suami. Rasulullah sangat simpati kepadanya. Ada keserasian dalam bentuk ujian, masing-masing ditinggalkan pendamping tercinta.
"Kalau begitu, pergilah dan sampaikan pinanganku kepada mereka berdua," kata Rasulullah SAW. (Al-Haitsami berkata dalam kitab Majma'uz Zawaaid, no. 15285, "Hadis ini diriwayatkan oleh At-Thabrani. Para perawinya adalah perawi kitab As-Sahih, kecuali Muhammad bin Amr bin Alqamah. Ia dinyatakan hasanul hadis.")
Dalam riwayat Ahmad, dinyatakan bahawa Khaulah segera menemui Saudah dan ayahnya, Zam'ah. Ketika itu, Zam'ah sudah lanjut usia dan tidak dapat lagi menunaikan haji. Khaulah berkias,
"Kebaikan dan kebahagian seperti apakah ini yang telah Allah anugerahkan kepada kalian?"
Saudah berkerut kehairanan,
"Apa maksudmu?" Tanya Saudah.
Khaulah lantas menyampaikan berita gembira,
"Rasulullah SAW mengirimku untuk menemuimu dan menyampaikan lamarannya kepadamu."
Hati Saudah berbunga-bunga lantas tumpahlah air mata keharuan. Tidak pernah terbayang baginya untuk mendapat kemuliaan sedemikian rupa. Ketika usianya sudah agak lanjut dan mempunyai susuk badan yang gemuk dan tidak menarik, masih ada yang sudi menyuntingnya. Apatah lagi lelaki itu ialah lelaki paling agung di muka bumi. Sudah tentu lelaki bernama Muhammad bin Abdullah jauh lebih mulia berbanding Sakran.
Saudah lantas menerima walaupun sedar Rasulullah melamarnya semata-mata atas dasar kasihan. Setelah menerima restu ayah, datanglah Rasulullah kepada Saudah, melangsungkan akad nikah dengan mahar berjumlah 400 dirham. (Rujuk Majma'uz Zawaid, no. 15786).

Cara Saudah Mengikat Hati Suami Terhadapnya
Saudah menjadi wanita pertama yang dinikahi oleh Rasulullah SAW setelah kewafatan Khadijah. Beliau menjadi satu-satunya isteri yang menemani hidup Nabi selama tiga tahun sebelum hadirnya Aisyah. Di saat kita pada hari ini berangan-angan ingin bermimpikan Rasulullah, Saudah dapat tidur di sisi Nabi dan berbincang-bincang dengannya. Bukankah Saudah sangat bertuah?
Meskipun Saudah sedar siapalah dirinya berbanding Khadijah namun beliau sentiasa berusaha keras menjadi isteri yang terbaik buat Nabi. Beliau menceritakan saat-saat getir menghadapi tekanan-tekanan kaum musyrikin sehingga memancing  simpati Nabi terhadapnya.
Beliau juga menceritakan hari-hari yang dilalui oleh puteri baginda Ruqayyah bersama suaminya, Ustman bin Affan selama tinggal di Habsyah. Ketika itu Ruqayyah dan Ustman masih menetap di Habsyah dan Rasulullah amat rindu kepada mereka. Saudah sedar Rasulullah amat senang mendengar berita tentang puterinya yang tersayang membuatkan Saudah rajin bercerita tentangnya.


Hijrah Kedua
Kekejaman musyrikin di Madinah memaksa orang-orang Islam berhijrah ke Madinah dengan izin Allah SWT. Setelah sebahagian besar sahabat berhijrah ke Madinah, Rasulullah menyusul hijrah mereka. Kemudian baginda mengutuskan Zaid bersama pelayannya, Abu Rafi' untuk menjemput wanita-wanita kesayangan Nabi ikut berhijrah. Bersama dua ekor unta dan wang 500 dirham, mereka menjemput Fatimah, Ummu Kulthum, Saudah binti Zam'ah, Ummu Aiman dan Usamah bin Zaid. (At-Tabaqaat, Ibnu Saad, vol.1, hlm. 237-238).
Saudah menetap di Madinah bersama Nabi SAW. Beliau reda apabila tak lama kemudian Rasulullah membina rumah tangga dengan Aisyah r.ha.  Beliau tahu ianya kehendak Allah untuk kebaikan umat Islam sejagat. Aisyah menyukai Saudah sehingga terdapat banyak kisah menarik antara mereka berdua.

Mengutamakan Aisyah Demi Merebut Simpati Nabi
Saudah sedar, psikologi Aisyah yang masih muda sudah tentu lebih memerlukan cinta dan kasih suami. Saudah juga tahu Aisyah adalah isteri yang paling dicintai Nabi setelah Khadijah. Demi menyenangkan hati Nabi, beliau dengan setulus hati sanggup menghadiahkan hari gilirannya kepada Aisyah. Lagipun beliau sudah semakin tua dan uzur.
Rasulullah SAW pernah berniat menceraikan Saudah kerana berlaku adil amatlah payah. Perlukan kerja keras. Namun Saudah takut tidak terpilih menjadi isteri Nabi di akhirat maka beliaupun merayu,
"Biarkan dinda terus  menjadi isterimu. Demi Allah! Dinda tidak akan menuntut sebagaimana isteri-isterimu yang lain. Namun dinda ingin dibangkitkan Allah menjadi isterimu kelak di hari kiamat."
Saudah menawarkan lagi bagi menyenangkan hati Rasulullah,
"Wahai Rasulullah, dinda hendak memberikan hari giliran dinda kepada Aisyah."
Rasulullah lantas menerimanya.
Aisyah menyanjungi Saudah. Beliau berkata,
"Aku tidak pernah menemui seorang wanita yang lebih kusukai jika diriku menjadi sepertinya selain Saudah binti Zam'ah. Seorang wanita yang kekuatan jiwanya luar biasa."
Malah, Aisyah begitu cemburu dengan kesegeraan Saudah dalam melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah. Malah Saudah sentiasa berusaha menunjukkan ketaatannya kepada Allah dan Rasulullah. Selain itu, Saudah sangat dermawan dan murah hati.

Kenangan Terindah
Pertanyaan Saudah kepada Rasulullah SAW pada suatu hari pernah mendapat jawapan daripada tujuh petala langit. Ia berkenaan tentang isteri Rasulullah ingin keluar rumah selama ada keperluan. Hal ini meninggalkan kenangan terindah buatnya. Masakan tidak, Allah menurunkan wahyu untuk merungkaikan masalah yang sama hingga hari kiamat.
Aisyah r.a menuturkan, "Saudah binti Zam'ah pernah keluar rumah pada malam hari. Umar melihatnya dan segera mengenalnya, maka ia berkata, "Demi Allah! Kau pasti Saudah. Kami sudah mengenalmu." Saudah merasa tidak sedap hati sehingga dia segera menemui Rasulullah SAW  yang saat itu sedang makan malam di rumahku dan tangannya sedang memegang tulang yang nyaris habis dagingnya. Tidak lama kemudian, Allah menurunkan wahyu yang membenarkan tindakan Saudah. Rasulullah SAW berkata, "Allah telah mengizinkan kalian keluar rumah selama ada keperluan." (Muttafaqun Alaih).
Alhamdulillah, dengan keringanan ini, maka kita semua para wanita dapat keluar rumah dengan adanya keperluan seperti berkerjaya, menuntut ilmu, membeli keperluan rumah dan sebagainya.
Di akhir masa pemerintahan Umar RA, bonda kita Saudah menutup mata untuk selamanya.



Sumber: http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/4597-dinda-hanya-ingin-dibangkitkan-sebagai-isterimu.html

Ais Kriiim 60 sen




Ombak berdesir tenang, putih buihnya sampai ke sisir pantai. Burung-burung camar riang berterbangan di atas sana, mungkin sibuk mencari secicip rezeki buat anak-anak di sarangan. Awan pula berarak tenang, cantik susunan Tuhan. Langi-langit biru yang terbentang indah mendamaikan hati aku saat ini.

Aku menoleh ke kiri, terlihat pohonan nyiur melambai-lambai, buah-buah kelapa comel bergolek-golek di sekelilingnya. Gerai-gerai yang ada di tepian jalan mula dibuka, pak cik yang menjual aiskrim sibuk ke sana ke mari membunyikan hon di tangan kiri. Kanak-kanak di sekitarnya sibuk pula menahan untuk membeli.
Dari jauh aku dapat melihat pak cik aiskrim itu meleret senyum. Mungkin terusik dengan keletah anak-anak kecil yang berebut-rebut memesan ais bewarna warni itu. Teringat kisah dulu-dulu, aku dan abang suka beli aiskrim yang dijual di motor, macam pakcik itu.

Tiba sahaja hari minggu, setia kami menunggu pak cik aiskrim datang. Apabila bunyi hon yang menjerit-jerit dari jauh kedengaran. Ketika itu sibuk kami mencari emak, meminta selipat duit untuk memenuhi permintaan kami adik beradik.

Aku dan abang selalu bergaduh, mak hanya berikan seringgit. Tak cukup, aku mahukan aiskrim berharga enam puluh sen manakala abang pula mahukan yang lima puluh sen. Masih lagi kurang sepuluh sen.
Abang tetap tidak mahu mengalah. Akhirnya hanya aiskrim berharga lima puluh sen juga yang aku dapat. Terlepas aiskrim impian. Setiap kali pun begitulah. Ada suatu ketika, aku merajuk betul dengan abang, diam dari pagi sampai ke petang. Diusiknya pun aku tidak pedulikan. Sedaya upaya dia memujuk, semua sia-sia. Sudah puas memujuk, abang pergi, bawa diri ke rumah Mak Cik Hasanah.

Abang main sorang-sorang. Ada kertas di tangan kanan, pensel pula di tangan kiri, abang kidal. Kemudian abang ikut suami Mak Cik Hasanah, Pak Cik Lutfi ke gerai jual goreng pisang. Sebelum itu abang minta izin dengan emak. Ceria mukanya apabila emak benarkan dia pergi.

Aku mencebik geram, apa yang abang buat semuanya boleh. Emak kata aku ni perempuan, jadi baik tolong saja mak di dapur. Sejak kecil aku diajarkan emak untuk menjejak ke dapur, segala jenis perkara aku lakukan, daripada mencuci periuk, mengelap lantai, susun atur barang sampaila ke isi dalam periuk.

Natijahnya sekarang, macam-macam aku pandai masak, betul didikan emak, baru aku faham.
Didikan itu bermula dari rumah, didikan itu bukan ambil masa seminit dua, bukan juga sebulan dua. Anak-anak perlu diajar sejak ia mula mengenal dunia lagi, barulah akan menjadi sebati. Asuhan itu insyaAllah kekal sampai ke mati kalau betul matlamat dan cita-cita yang diingini.

Selepas abang diizin oleh emak. Abang datang dekat dengan aku. Abang senyum. Kata abang, dia nak bagi sesuatu. Kertas di tangan kanannya dihulurkan cermat. Tapi tiada sambutan yang aku hulur, rajuk aku masih bersisa. Tidak tahu kenapa hari rajukku lama dengan dia. Abang diam.
Dia letak kertas putih itu di atas meja sebelah aku. Lipatannya dua, sederhana sahaja saiznya. Setelah itu abang pergi dengan Pak Cik Lutfi. Seiring dengan kepergian bunyi motor, emak panggil untuk aku menolongnya melipat baju.

Hari itu hari pertama emak ajar aku lipat baju. Kemas lipatan emak, cantik emak susun di rak pakaian. Patutlah abah sayang dengan emak, pandai masak, rajin. Bila abah balik mesti mak dah siap sedia dengan pakaian cantiknya di muka pintu. Muka emak berseri-seri sambut kepulangan abah.

Emak salam tangan abah, kemudian pimpinnya duduk di kerusi. Abah memang manja dengan emak. Di sisi kanan mesti mak dan siap sediakan air untuk abah, kegemaran abah air suam saja. Jaga kesihatan katanya.
Patutla abah sayang emak. Aku nak jadi macam tu, mak bidadari abah dan bidadari kami adik beradik. Mak tak pernah tengking kami, bila kami buat salah kami tak pernah didenda bahkan kami dididik dengan hemat. Kami diberi penjelasan kenapa perbuatan kami itu salah dengan itu baru aku boleh kenal apa salah dah aku buat, dan yang mana yang sebetulnya.

Abah dan mak memang ada seni dalam mendidik, seni yang ditiru daripada ajaran Rasul yang mulia. Tidak menghukum apabila salah, namun jalan penyelesaian yang disua mereka agar yang salah masih boleh diperbetulkan dan bukan dibuang sahaja ke tepi tidak dipeduli. Dihukum hanya kerana tidak memahami erti tanpa memberi penjelasan yang pasti buruk padahnya, takut ada yang makan hati. Oleh itu, perlu pandai menjaga hati.

Abah romantik orangnya. Pernah aku ternampak abah menulis sesuatu pada emak. Surat yang abah tulis itu abah letak di laci dapur. Laci yang emak selalu buka hari-hari, kadang-kadang abah letak di atas peti, kadang-kadang pula di bawah gelas atas meja tepi kerusi.
Pernah aku curi-curi baca. Rasa nak tahu apa yang emak akan baca. Bila aku buka surat itu, abah puji emak. Abah kata emak cantik, abah berterima kasih sebab abah ada emak kat sisi dia. Ada satu masa tu abah selitkan satu resepi di sisi almari dapur.

Bila emak terjumpa emak senyum, emak tahu itulah tandanya abah minta emak buatkan resepi itu. Emak pun romantis juga, bila siap sediakan pakaian untuk abah pergi kerja, emak akan masukkan nota-nota cinta buat abah, kadang di poket baju kadang pula di kocek seluar. Comel telatah mereka, bahagia.
Hari itu selepas melipat baju, aku ke halaman rumah. Terasa sunyi bila abang tak ada. Baru rasa abang tu penting. Masa aku dan emak lipat baju tadi, sempat emak bercerita, kisah satu keluarga. Kesimpulan daripada cerita itu emak kata ikatan antara adik beradik takkan putus, ibarat air, dicincang tetap tidak akan putus jua.

Jadi, bila salah seorang buat salah, salah seorang perlu memaafkan agar pergaduhan tak berlanjutan. Maafkanlah agar kita senang untuk dimaafkan orang lain. Maafkanlah agar hubungan tak lari, tetap kekal berseri. Daripada pengajaran cerita itu aku tahu, aku tak boleh merajuk lama-lama dengan abang. Kejap lagi bila abang balik aku nak minta maaf dengan abang.

Sambil melihat ikan-ikan di kolam kecil hadapan aku. Aku ternampak semut-semut kecil berderet-deret beratur menuruni batu-batu kecil di sekeliling kolam. Aku tengok dekat-dekat, ada sesuatu yang mereka bawa. Rajinnya semut-semut ni aku berbisik-bisik dalam hati, teringat dengan ustazah di sekolah, ustazah pernah cerita kisah semut-semut yang rajin.

Ustazah kata, kita mesti jadi rajin macam semut. Semut-semut ni gigih berusaha, walaupun mereka kecil tapi semangat mereka besar. Contohilah mereka, jangan kita malas berusaha, nanti malu dengan ciptaan Tuhan itu, kita ini makhluk manusia yang ada akal dan fikiran jadi kita perlu lebih rajin lagi daripada mereka.
Sedang aku asyik melihat aksi semut-semut itu. Satu kereta ada di hadapan pagar rumah, teksi warna biru. Aku panggil emak. Emak datang dengan cepat, mata emak berair, ada jatuhan mutiara sudah melekat di pipi mulus emak. Aku tengok saja, tak faham.
Emak pimpin tangan aku masuk ke dalam kereta itu, emak tak henti-henti menangis, sampai di suatu tempat, kereta yang kami naiki berhenti. Kami masuk ke dalam bangunan bercat putih yang tersergam kukuh di depan.

Sampai di wad kecemasan, seseorang datang dekati kami. Dia berkaca mata dan berkot putih. Tanpa sebutir bicara, dia hanya menggelengkan kepala, abah datang dari arah belakang, emak pengsan di situ juga. Keadaan itu membuatkan aku pelik, suasananya muram dan emak pula terbaring lesu.
Ketika itu juga, satu sorongan keluar dari bilik kecil di hadapan kami. Mata aku tertancap pada sekujur tubuh.. mulut aku terluncur hanya satu kata..
"Abang..."
*****
"Akak nape nangis, nak eskem?" Lamunan aku dikejutkan satu suara.
Ada adik kecil comel bertudung litup di sisi aku, disua aiskrim yang ada di tangannya kepada ku. Mungkin cuba untuk memujuk. Aku senyum, mengusap-usap pipi mulusnya.
Satu nama kedengaran dipanggil, dia kemudiannya berpaling ke belakang mungkin namanya dipanggil ahli keluarga. Berlari-lari dia tuju kepada seorang lelaki dan seorang perempuan muda di sisir pantai. Comel sekali lariannya.

Aku memandang lautan yang terbentang luas di hadapan, seluas itu jugalah rindu aku pada abang. Abang pergi pada hari itu kerana dirempuh kereta di warung pisang goreng Pak Cik Lutfi. Kata pak cik, abang duduk seorang diri melukis di meja. Abang memang suka melukis.
Pemandu kereta yang merempuh abang memandu dalam keadaan mengantuk, seorang pakcik tua yang sudah berusia enam puluhan. Selepas kejadian, aku menangis teresak-esak.
Melihat kepada lukisan terakhir abang. Abang lukis gambar aku dan dia bermain wau di pantai ini. Emak dan abah selalu bawa kami ke pantai petang-petang, aku sukakan wau, jadi mungkin sebab itu abang lukis gambar wau untuk pujuk aku. Itulah lukisan abang yang terakhir buat aku. Pujukan yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Di lukisan itu juga abang ada tulis.

"Adik..abang minta maaf."

Selepas itu jugalah aku jadi pendiam, asyik salahkan diri kerana merajuk dengan abang. Aku salahkan diri dan aiskrim yang berharga enam puluh sen. Lama untuk aku terima pemergiaan abang. Dia satu-satunya abang yang aku ada. Emak tak boleh mengandung lagi kerana ada masalah kesihatan.
Berbulan-bulan lama untuk aku terima pemergian abang. Kata-kata abah suatu hari menguatkan hati untuk aku terima semua itu takdir Ilahi.

"Allah lebih menyayangi abang. Itu yang terbaik untuknya. Kita tak salah sayang, kita hanya sebab untuk mereka pergi kerana hakikatnya ketentuan sudah tersurat lama. Dialah Yang Esa, Dia jualah yang menggerakkan hati kita untuk melakukan itu dan ini. Apa yang terjadi usah ditangisi kerana yang sudah pergi tetap tidak akan kembali. Kita hanya mampu untuk mendoakan dia di sini.. akhirnya kita juga akan kembali nanti ke alam sana."

Kata-kata abah buat aku kuat, aku terima takdir-Nya, abang pergi dalam usianya yang masih muda. Usia sembilan tahun. Sekarang sudah lima belas tahun abang pergi. Aku rindu pada dia.

Muka aku dongakkan sedikit. Terlihat tali wau ditarik-tarik adik kecil di tepian pantai. Senyum aku kuntum, moga abang juga dapat melihatnya sama. Aku bangun, langkah kaki aku tuju untuk mencecah air. Ombak-ombak kecil masih tenang beralun laju, angin masih lagi kekal bertiup lembut.
Burung-burung camar tetap girang berterbangan di awanan biru, pohon nyiur makin mesra melambai-lambaikan juntaiannya, aku di sini juga sama, tetap rindu pada dirimu. Dan pastinya kenangan itu akan kekal sampai hujung usia.
"abang.. moga dirimu bahagia selamanya.."


Sumber: http://www.iluvislam.com/karya/cerpen/5013-ais-krim-enam-puluh-sen.html

Sunday, August 12, 2012

BULAN PENGHAYATAN ISLAM 2012








Bulan Pengahaytan Islam akan muncul tidak lama lagi di IPTAR. Banyak program menarik yang akan diadakan pada bulan tersebut. Di sini kami mengalu-alukan kehadiran anda semua sama ada di dalam atau di luar IPTAR. Semoga anda semua memanfaatkan bulan tersebut. Jenis-jnis aktiviti yang diadakan boleh lihat pada poster di atas :)

Friday, July 13, 2012

Ceramah Dr Danial Zainal Abidin


Semua hadirin dijemput hadir 
 
Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis di Pusat Islam IPGKTAR ...