Sunday, February 26, 2012

Kem Anak Soleh 2012


Selesai sudah kem Anak Soleh yang dianjurkan oleh Pusat Islam IPGKTAR dibawah Jabatan Agama Islam dan Moral IPGKTAR. seramai 125 orang peserta dari lelaki dan perempuan telah menyertai kem ini. Mereka terdiri daripada 63 lelaki dan 62 perempuan. Majoriti antara mereka adalah Tahun 4-6 dan sebahagian sahaja daripada mereka terdiri daripada Tahun 2-3.

Pelbagai karenah daripada mereka kita dapat lihat sepanjang kem ini. Program ini dilaksanakan bagi membentuk individu supaya bersahsiah unggul di dunia mahupun di akhirat. Selain itu, mereka dilatih supaya menjadi anak yang soleh dan solehah dengan berintipatikan LDK, riadah, ceramah, makan berjemaah dan sebagainya. Mereka juga dibimbing dengan barisan fasilitator yang berkaliber dari PPISMP Jun 2011 dan dibantu bersama PISMP Jan 2011.


Aktiviti yang diadakan begitu menarik dan menyeronokkan para peserta. Disamping itu, ada yang demam, sakit2 dan sebagainya tetapi kesemua itu tidak menghalang untuk meneruskan program ini kerana Jawatankuasa Kebajikan amat serius dengan keadaan peserta.




Hari ketiga (Ahad) berakhir dengan program sidang pleno yang diketuai oleh Mohd Fazrul di mana ketika ini kami semua dapat mendengar luahan hati daripada para peserta. Peserta diberi 1 kertas untuk meluahkan perasaan dan aku janji sebelum mereka diserahkan kepada ibu bapa/penjaga masing-masing. Isi luahan hati mereka amat tersentuh sehinggakan menitis air mata para pembaca. Akhir sekali, mereka diserahkan kepada penjaga mereka pada pkul 12.30 tgh hari.

Sesiapa yang ingin mendapatkan gambar boleh berjumpa dengan Admin  (0134136329) .

2 comments:

semoga adik2 dapat mengamalkan apa yg telah dipelajari sepanjang kem...
rindu adik2.. :')

hehe tu la..harap tahun depan lg meriah...

Post a Comment